(: DELIAH'S DELI IS CLOSED FOR THE SEASON... :)

Tuesday, November 18, 2008

PUDING SUJI - semolina :)



Semolina ni sejenis gandum. Gandum yang halus atau nama lainnya durum atau farina. Semolina boleh juga dibuat kek, biskut atau sebagai cereal sarapan pagi.


BAHAN-BAHAN:

400 ml susu segar
100 gm gula pasir
2 camca besar mentega
100 gm tepung suji
25 gm serbuk badam
1@2 camca esen ros


CARA-CARA:

Jerang susu segar bersama gula pasir dan mentega di dalam periuk di atas api perlahan hingga gula larut dan mentega cair serta hampir mendidih. Masukkan tepung suji bersama serbuk badam, kacau hingga bancuhan pekat. Tuang bancuhan di dalam acuan yang telah dilengser dengan sedikit minyak masak. Sedap dimakan suam atau sejuk.

Share/Bookmark

Sunday, September 28, 2008

PUDING KARAMEL...satu jam, siap! :)

Bahan-bahan :
5 biji telur bersaiz sederhana
1 tin susu cair
1 camca kecil esen vanila
5 camca besar gula pasir (karamel)
1 camca besar gula pasir (masukkan bersama telur)

Cara:
1. Masukkan gula pasir ke dalam kuali dan panaskan di atas api yang perlahan.
2. Jangan masukkan air walaupun sedikit.
3. Kacau sehingga keperang-perangan dan angkat.
4. Masukkan karamel @ gula hangus tadi ke dalam loyang atau mangkuk.
5. Pecahkan telur dan gula (1 camca besar)ke dalam susu cair dan putar atau pukul hingga sebati di dalam mangkuk, masukkan esen vanila.
6. Tuangkan ke dalam loyang @ mangkuk yang berisi karamel @ gula hangus tadi.
7. Bakar dalam kuali berisi air @ kukus sehingga masak.

Share/Bookmark

Saturday, September 27, 2008

1 HOUR CHOCOLATE CAKE

BAHAN:
3 biji telur - dipukul
1 cawan marjerin
1 3/4 cawan tepung gandum
1 cawan serbuk koko
1 cawan susu cair
1/2 cawan susu pekat
1 cawan gula
1 sudu teh baking powder
1 sudu soda bikarbonat

CARA:
Margerin dicairkan dan kemudian masukkan gula, serbuk koko dan susu cair.
Panaskan atas api sehingga gula cair dan sejukkan.
Ayak tepung gandum, soda bikarbonat, baking powder.
Masukkan telur yang dipukul, susu pekat dan bahan-bahan yang diayak ke dalam bahan yang disejukkan tadi.
Masukkan dalam dalam acuan yang telah dioles margerin sekelilingnya.
Kukus selama 1 jam.


SELAMAT HARI RAYA!
Share/Bookmark

Thursday, September 25, 2008

ABOUT ME..find me on facebook! :)


Hi! Welcome to Deliah's Deli - my online cook book. Sharing and organizing your favorite recipes has never been easier and now you can do it all online! It works so well and finally, my cook book is shaping up nicely. I'm glad I did this. Well, I am a full time educationist, so please don't mind me if I go quiet from time to time. But I am keenly interested in blogging for fun and to share my on and off hobby with everyone out there. So, do enjoy your stay and thank you for sharing bloggers! Click HERE :)



Share/Bookmark