(: DELIAH'S DELI IS CLOSED FOR THE SEASON... :)
Showing posts with label MOUTH WATERING AUTHENTIC DELICACIES. Show all posts
Showing posts with label MOUTH WATERING AUTHENTIC DELICACIES. Show all posts

Monday, August 8, 2011

KUIH BADAK BERENDAM...sama tapi tak serupa! :)



Bila saya tengok IKA tayang kuih badak berendam untuk iftar minggu lepas, teringin juga nak merasa. Masuk ni dah dua kali buat kuih yang sama, mungkin kena dengan selera orang kat rumah ni agaknya, itu yang minta saya buatkan lagi. Jadi, semalam saya buat lagi gunakan resepi yang sama cuma kali ini saya tambah keledek sikit dalam adunan dan untuk dapatkan bentuk seperti itu, saya guna acuan bahulu cermai/kuih cara seperti di bawah  :)))

Imej dari SINI


Kalau ada sesiapa berminat mencuba resepi ini, boleh klik SINI ya. :)


Resepi asalnya daripada KAK BESAH.
Ramai yang dah mencuba & memang terbukti SEDAP!!




Kalau nak tengok YASMIN buat badak berendam boleh klik SINI.
Caranya lain sikit tapi rasa kuihnya tetap SEDAP! :)
Terima kasih pada semua yang sudi berkongsi resepi!
Selamat Berbuka Puasa! *tunggu maghrib ya... :)))




Share/Bookmark

Saturday, July 23, 2011

PULUT TAI TAI..SERIMUKA DURIAN..TALAM TERANG BULAN - the 3 in 1 kuih! :)))



Just wanted to finish off the DURIAN JAM @ GULA DURIAN which I've made a few months back. This morning I goggled up some of the recipes posted by blogger friends. Hence, I came out with this...the 3 in 1 Traditional Malay Kuih...:)))





To make this, I used KAK CM'S pulut tai tai@tetal recipe for the base. Then, I used YATIE'S serimuka durian recipe for the filling...& finally, KAK ANYMZ'S talam terang bulan recipe to get the idea of shaping this kuih...:))






Those who are interested may just hop into their respective 'blog kitchens' for the original recipe. I had omitted some of their listed ingredients and used instead what I have in my pantry. :))) Anyway, zillion thanks to you ladies..I really enjoyed doing this & definitely eating it too! :)))



Share/Bookmark

Sunday, July 3, 2011

KUIH LOPES......Terima Kasih Puan Kamila! :)




Kuih Lopes ni pemberian Puan Kamila yang datang bertandang petang kelmarin. Dah lama betul tak berjumpa beliau. :) Berborak panjang kami petang tu sambil menikmati kuih kegemaran saya ini. :)



Yang ini saya punya, kelapa tak boleh letak banyak2, nanti batuk! :)



Share/Bookmark

Friday, May 6, 2011

KUIH CARA MANIS...gula durian :p~




Durian lagi? Layankan aje la ye..;))) Kali ni buat Kuih Cara Gula Durian. Resepi kuih ni ambil kat Dapur YATIE. Mudah je nak buat & sedap. Yang paling penting seisi rumah suka!
Terima kasih Yatie sbb baik hati berkongsi resepi.. :)




Untuk inti Kuih Cara ni pula, saya guna Gula Durian@Jem Durian. Kalau suka, boleh tinjau2 Dapur NOORSHA untuk dapatkan resepi. *tiba-tiba teringat jem manggis la pulak..mmm,sedapnya :p~





Unik rasa kuih dgn durian ni & memang nostalgik betul ;)
Terima kasih Noorsha sudi kongsi n singgah :)




Share/Bookmark

Sunday, April 17, 2011

BUBUR SOMSOM...& kuah durian :)




Assalamu'alaikum semua...Lama betul tak jengah "Deliah's Deli" & 'dapur' kawan2 blog....biasalah ada saja kekangannya :(( Ermmm, sekarang ni kan musim durian....jadi tiba2 je dpt idea nak reka resepi ni....Kalau siapa2 suka durian bolehlah cuba makan bubur somsom dengan kuah @ serawa durian. Resepi Somsom Kak Hanieliza ni sedap tau! Terima kasih kak sebab murah hati berkongsi resepi bubur somsom tu! :) Saya suka sangat rasanya yg lemak..manis..& bau harum daun pandan tu buat kita nak makan lagi & lagi & lagi..Burppp! Oppss, Alhamdulillah.. :))




Jemput makan sama-sama..tapi jangan pulak makan daun pandan tu sekali ya..:D


Klik SINI untuk Resepi Bubur Somsom Kak Hanieliza.
Kalau nak Resepi Kuah Durian boleh klik SINI..:)



Share/Bookmark

Tuesday, February 22, 2011

LOMPANG...A Traditional Malay Kuih :p~





THANKS TO MAMAEINA FOR SHARING THIS LOVELY RECIPE...
WE REALLY LOVED IT!





Share/Bookmark

Sunday, January 30, 2011

ROSE SYRUP JELLY.......with fermented tapioca


Thanks To MAMAFAMI For Sharing This Delicious Jelly Recipe :)


150g castor sugar
15g 'agar-agar' powder
1 litre water
130ml thick coconut milk
1 egg white
1 tablespoon rose syrup
1/4 teaspoon rose essence
pink food coloring
2-3 packets of fermented tapioca/tapai ubi - *I added this in the recipe :))


Boil water with agar-agar powder until powder dissolves. Add in sugar, coconut milk, rose syrup, rose essence and pink food coloring into pot. *Add in mashed fermented tapioca/tapai ubi into the pot and stir well. Remove 1/3 of the mixture from the pot and add in egg white. Stir and mix well. Remove pot from heat and pour in the egg white mixture. Stir. Pour the mixture into a tray and leave to cool down before putting the tray into the refrigerator to set. Cut and serve....Enjoy !!


Share/Bookmark

Saturday, January 22, 2011

NYONYA FARE : angkoo kueh...but in rose mould & pink in color :))



Angkoo Kueh also known as kuih koo or kuih peria. This is one of my favorite authentic nyonya kuih besides kuih bingka beras. For this recipe, I substituted green beans or moong/mung beans with red beans as I love the taste of the sweet red beans and also the combination of sweet potatoes and the chewiness texture of the glutinous flour. The aroma of the banana leaves makes it even tastier :))







Click HERE for the original recipe &
Thanks to MARLIDA for sharing :)




Share/Bookmark

Friday, October 1, 2010

UBI GETUK...sedapnyeeeerrrrr :)))


JEMPUT MAKAN.... :))



Share/Bookmark

Tuesday, August 31, 2010

ROTI JALA...& Erti Kemerdekaan - A. Samad Said


Merdeka!
Merdeka!
Merdeka!

1 Malaysia Menjana Tranformasi....

Hari ni untuk iftar buat roti jala. Adalah ciri-ciri keMalaysiaan memandangkan hari ini genap 53 tahun Malaysia merdeka...Dah lama betul tak buat roti jala atau ada juga orang panggil roti kirai...Kali terakhir kalau tak silap masa zaman sekolah-sekolah dulu...uishhh, lama betul tu! :))) Oleh sebab ada permintaan bulan2 puasa ni kenalah juga membuatnya...Tengok la rupanya pun tak seberapa...tapi sebab dah berlapar seharian tentulah apa-apa sahaja yang ada atas meja makan tu semuanya sedap :)

Roti Jala

2 cawan tepung gandum
2 1/3 cawan air+santan...blh juga guna susu cair/fresh milk/low fat milk
1 biji telur ayam
sedikit garam
serbuk kunyit untuk warna...pewarna kuning pun boleh :))

Masukkan semua bahan dalam mesin pengisar dan kisar sehingga sebati...kalau agak pekat tambahkan air. Panaskan skillet/pan dan sapu minyak dengan menggunakan daun pandan pada pan. Isi acuan roti jala dengan bancuhan tepung dan kirai secara pusingan dalam pan. Bila dah masak, terus lipat ikut kreativiti masing2. Ulang proses sehingga bancuhan selesai. Hidang dengan kari, sambal atau serawa :)))

Kari Ayam

1 bahagian isi ayam - potong 3/4
5 sudu serbuk kari daging/ayam
1 biji kelapa - ambil santan
3 biji bawang besar - kisar
5 ulas bawang putih - kisar
1 inci halia - kisar
1 inci lengkuas - kisar
1 batang serai - titik
2 biji cili hijau
1 sudu besar kerisik
sedikit daun kari
sedikit rempah campak/tumis - bunga lawang/biji pelaga

Panaskan minyak dan tumis bahan kisar sehingga naik bau. Masukkan serbuk kari, ayam serta kentang dan masak sehingga mendidih dan kentang agak empuk. Masukkan santan, serai, asam jawa, cili hijau, kerisik, daun kari, bunga lawang, biji pelaga dan biarkan mendidih. Tambah perasa *jika perlu dan juga garam secukup rasa. Angkat dan biarkan selama 2,3 jam kemudian panaskan semula dan barulah dihidangkan :))


ERTI KEMERDEKAAN

SN A. Samad Said

Kita mencari hanya yang tulen dan jati
sekadar hidup mengerti dan berbudi
dan bumi akan subur, makmur dan mewah
jika kita bekerja dan berikrar hidup bersama
tanah air memberi banyak
mesra mendakap kita
kemerdekaan mendorong kita berdiri dan berbakti
dan dalam alaf baru
semangat kita wajar padu berjalan kita
atas nama tanah air dan bangsa
bangga kerana merdeka
megah kerana bahagia.



Share/Bookmark

Sunday, August 15, 2010

CHA-CHA JELLY - sharing is caring :)






Thank you ALONGROZ for sharing this delicious jelly recipe. It really does tastes like the classic bubur cha-cha and everyone simply just loves it :)


1 packet (13g) agar-agar/jelly powder
1 liter water
250g sugar
200ml coconut cream
250ml fresh milk
1 cup cha-cha bits
1 pandan leaf
1/4 tsp salt

Boil cha-cha bits until soft. Then strain. Next, boil jelly powder with water and sugar until dissolved. Add in coconut cream, milk, pandan leaf and salt. Discard pandan leaf. Pour into a mould and cool. Chill until fully set. Enjoy!

Share/Bookmark

Thursday, July 29, 2010

BUBUR PULUT HITAM DIYAN GILO :D



Dah lama betul tak makan durian...semua di Deliah's Deli sakit tekak dan batuk jadi niat untuk mkn durian dusun sepuas2nya terbatal baaaanyak kali :) Memang suka sangat makan durian termasuklah durian yang keras & rangup2 tapi manis tu - sedapnyer :p~ Orang panggil durian ni diyan gilo :) Minggu lepas kat kedai tgk banyak jual durian yang keras2 tu...terus capai 4 paket tp sanggup makan beberapa ulas je-kekenyangan! Yang mana tak habis, buatkan Bubur Pulut Hitam Diyan Gilo...




2 cawan pulut hitam
2 helai daun pandan
1 mangkuk isi durian - lebih kurang 10 ulas
2 ketul gula melaka + gula pasir kalau suka manis
1 1/2 cawan santan
sedikit santan pekat + garam sikit
secubit garam untuk bubur
air untuk merebus pulut agak2lah ya :)

Masukkan pulut hitam yang telah direndam semalaman dan dicuci bersih ke dalam periuk. Kemudian, masukkan air lebih sedikit paras pulut dan masak sehingga mendidih. Biarkan pulut hitam empuk kemudian masukkan gula melaka, durian dan kacau . Masukkan gula pasir kalau suka manis. Kacau dan masukkan santan. Biarkan sehingga pulut empuk dan bubur mendidih barulah tutup apinya. Boleh dihidang panas atau sejuk dan masa hendak hidang letakkan sedikit santan pekat yang dicampur garam di atas bubur.....Siap-jemput makan kawan2...:)



Share/Bookmark

Thursday, June 24, 2010

BUAH NAU HALWA KABUNG - palm fruit in coconut jelly :)


This is my favorite quick, simple and almost non-recipes...because I'm really just opening a can of palm fruit and a packet of coconut jelly. Cut palm fruit into cubes and put into mould. Cook the coconut jelly as directed in the package. Pour jelly into mould and leave to cool. Enjoy!

Share/Bookmark

Monday, June 14, 2010

AUTHENTIC NYONYA KUEH - bingka tepung beras :)


Click HERE @ HERE @ HERE for recipe.
Thank You For Sharing :)


2 cawan tepung beras
1/4 cawan tepung jagung
1 cawan gula pasir
1 sudu teh garam
6 cawan santan
1-2 helai daun pandan


Satukan tepung beras bersama gula pasir dan garam, gaul rata. Tuang santan dan kacau hingga sebati. Tapis bancuhan di dalam periuk sederhana besar, masukkan daun pandan dan kacau perlahan-lahan di atas api sederhana besar hingga hampir pekat. Angkat dan tuang ke dalam loyang yang telah disapu dengan sedikit minyak masak atau dialas daun pisang. Bakar pada suhu 180C selama 1-1:30 minit atau hingga keperangan. Biarkan betul-betul sejuk sebelum dipotong.

Share/Bookmark

Sunday, June 6, 2010

POPIAH GORENG...golden purses :)))



Teruja tengok wantan goreng NURINDAH minggu lalu, saya pun tiru la resepinya. Resepi asal drp Nurindah ni saya olah sikit...sebab nak masakkan beberapa bahan yang saya guna untuk inti popiah..jangan marah ye Nurindah :)


satu paket kulit wantan - saya guna kulit popiah sebab tak suka bau wantan :(
10 ekor udang - potong dadu
1 batang karot - sagat
4 ulas bawang putih - hiris
1 biji bawang besar - hiris
daun saderi - hiris
sedikit minyak
sedikit serbuk lada sula/cili merah - dadu
garam/perasa

Tumis bawang dan kemudian masukkan karot, daun saderi, cili/serbuk lada sula dan garam/perasa. Akhir sekali masukkan udang - goreng sekejap sahaja. Angkat dan tos. Bentang kulit popiah, sudukan isi popiah tadi dan sapu sedikit tepung+air pada kulit (dalam), bunjutkan serta ikat dengan daun kucai atau bawang. Goreng dengan api perlahan sehingga kekuningan supaya kulit popiah lebih cantik-yang saya buat tu tak berapa molek :( Sedap dimakan panas-panas. Boleh juga cicah sos cili kalau suka.



Share/Bookmark

Monday, March 8, 2010

SERABAI - in sweet potato syrup :)


I got this recipe courtesy of mamafami...thanks for sharing :)


Ingredients :

500 g rice flour
300 g cooked rice (blended with a bit of water)
1 litre coconut milk (lukewarm)
1 1/2 teaspoons instant dried yeast
salt to taste

Method :

1. Mix well, all the ingredients.
2. Set aside to ferment for at least 2 hours. The thickness is similar to Kuih Cara's batter
3. Heat the serabai mould, I used a small non stick pan since I don't have the special mould and grease with a bit of oil.
4. Pour the batter 3/4 full into the serabai mould. Cook on small fire.


As for the syrup I used sweet potato instead of banana and maple syrup goes nicely too..

Ingredients :

1 cup brown sugar (gula melaka)
2 cups coconut milk
2 bananas/1 small sweet potato - cubed
Salt to taste
2 screwpine leaves (daun pandan) - knotted

Method :

1. Mix all the ingredients in a pot.
2. Cook till the syrup thickens - mine, not thick enough :(
Share/Bookmark

Sunday, September 6, 2009

KUIH TAKO - jagung ;)



BAHAN-BAHAN:

Bahagian Atas:

1 cawan pati santan
2 cawan air
3-4 sudu besar tepung jagung
2 sudu besar gula
1 sudu teh garam

Bahagian Bawah:

3 cawan air pandan
5-6 sudu besar tepung jagung
6 sudu besar gula
1 cawan sengkuang cina yang dipotong kecil2 atau jagung manis

CARA-CARA:

Panaskan kedua-dua bahan di dalam bekas berasingan dengan api perlahan sehingga mendidih.
Angkat dan tuang bahagian bawah di dalam acuan daun pandan atau plastik.
Masukkan sedikit sengkuang cina atau jagung manis dalam setiap bekas.
(Boleh juga dimasukkan lebih awal dalam acuan)
Kemudian tuang bahagian atasnya pula perlahan-lahan.
Biarkan sejuk.


* Acuan Tako - Daun Pandan.

Ambil sehelai daun pandai yang lebar. Kalau x ada boleh juga guna daun yang kecil.
Gunakan kadbod berukuran 2.0x1.5 inci sebagai alat pengukur.
Gunting daun pandan kepada 5 bahagian mengikut ukur tadi berselang-seli. Jangan sampai putus. Jadi ada yang 2.0 inci dan ada bahagian yang 1.5 inci.
Bentukkan daun tadi kepada bentuk kotak. Selang selikan bahagian bawahnya agar lebih kejap.
Gunakan stapler atau pencungkil gigi kayu.
Kalau daun kecil pastikan bahagian tengah yang berlubang itu juga ditutup dengan daun.


SELAMAT MENCUBA!





Share/Bookmark

Friday, August 28, 2009

KUIH ONDE ONDE @ KUIH KELEPONG @ BUAH MELAKA @ KELEPON @ KEKOH CHA @ WOH MULONG = semuanya sama sahaja :)



1 keledek putih dan kuning * optional - tak masukkan keledek pun boleh atau ditukar dengan KENTANG dan LABU - klik saja!
1 cawan tepung pulut
1/2 ketul gula melaka - potong kecil2
1/2 biji kelapa parut - buang kulit arinya
1 sk garam


Rebus keledek sehingga empuk dan buang kulit. Tumbuk lumat keledek dan campurkan dengan tepung sedikit demi sedikit sehingga menjadi doh. Ambil sedikit doh, leperkan dan masukkan sedikit gula melaka di bahagian tengah dan bulatkan doh. Pastikan doh tidak belubang supaya gula melaka tidak keluar daripada doh apabila masak nanti. Didihkan air dalam periuk dan masukkan doh ke dalam air mendidih. Kuih akan terapung apabila masak. Angkat dan toskan air kemudian golekkan kuih dalam kelapa parut yang telah digaul dengan sedikit garam. Siap!

Share/Bookmark

AGAR AGAR CENDOL - Table For Two...Or More :)



Agar-agar cendol lagi...Hari tu tak puas makan agaknya jadi hari ini buat lagi.
Kali ni buat bentuk lain pula...Recipe, click HERE! Thanks to WENDY for sharing.. :)

Share/Bookmark

Thursday, August 27, 2009

TEPUNG GOMAK...tersilap!! :)))




Bahan:

2 cawan tepung pulut

1/2 sk garam garam
Air secukupnya
Tepung kacang hijau secukupnya



Bahan Inti:

1 ketul gula melaka
1 sudu besar gula pasir
1 1/2 cawan kelapa parut
1/2 sk tepung gandum


Cara:Masak gula merah dan gula putih hingga gula larut. Masukkan kelapa parut dan tepung gandum dan dikacau hingga sebati. Angkat dan sejukkan sebelum dibentukkan bulat2 supaya mudah dimasukkan dalam doh. Gaulkan tepung pulut dengan air dan sedikit garam sehingga menjadi adunan yang boleh dibentuk. *tak perasan pula yang saya telah tersilap mencampurkan sedikit tepung gandum dalam adunan tapi hasilnya, kuih ini lebih mudah dibentuk :) Ambil sedikit adunan tepung pulut dan leperkan untuk memasukkan inti. Bulatkan dan dileperkan seperti dalam gambar. Masak air mendidih dan masukkan adunan yang telah siap. Masak sehingga kuih timbul, angkat dan tiriskan air. Golekkan dalam tepung kacang hijau.






Share/Bookmark