Originally enjoyed by rulers of the Uthmaniah Empire
Usually served with pita bread - apa2 roti pun sedap :)
BAHAN-BAHAN:
1 1/2 bungkus daging cincang - paket kecil
5-6 biji telur ayam - mengikut diameter non-stick pan
8 biji bawang besar - dipotong dadu dan dikisar - nisbah 5:3
5 ulas bawang putih - kisar
1 1/2 inci halia -kisar
5 biji tomato - dipotong dadu
1 senduk sos tomato
3 batang cili hijau (kalau suka) - dihiris
3 sudu besar rempah sup
4 sudu besar minyak sapi - boleh guna minyak lain :)
Sedikit daun sup dan daun bawang - hiris kecil
Sedikit bawang goreng
Garam dan serbuk perasa
CARA-CARA:
LAPISAN B
1. Tumis 1/2 bahan-bahan yang dikisar dengan 2 sudu minyak sapi dan minyak masak di dalam kuali.
2. Setelah naik bau masukkan 2 sudu rempah sup.
3. Masukkan daging cincang - pastikan ia tidak berketul-ketul.
4. Masukkan garam dan serbuk perasa - biar masin sedikit
5. Masak sehingga daging empuk dan airnya kering. Ketepikan.
LAPISAN A
1. Tumis baki bahan-bahan yang dikisar tadi dengan minyak sapi dan minyak masak.
2. Masukkan rempah sup dan goreng lagi sehingga naik bau.
3. Masukkan bawang yang dipotong dadu.
4. Agak-agak layu masukkan tomato pula.
5. Masukkan pula sos tomato.
6. Taburkan garam dan serbuk perasa - imbangkan dengan rasa masin daging cincang (Lapisan B) tadi.
LAPISAN C
1. Ratakan LAPISAN A dalam non-stick pan
2. Tabur LAPISAN B rata-rata di atas LAPISAN A
3. Tabur pula daun bawang,daun sup dan bawang goreng di atasnya.
4. Pecahkan sebiji telur di dalam mangkuk dan tuang perlahan-lahan atas LAPISAN B. Buatkan lubangnya terlebih dahulu, supaya telur tidak merebak dengan banyak - rujuk gambar. Letak telur di bahagian tengah dahulu.
5. Buat sedemikian sehingga semua telur siap dituang atas LAPISAN B.
6. Tutup non-stick pan dan biar telur masak dengan api yang amat perlahan - supaya LAPISAN A tidak hangus.
7. Setelah telur masak - mengikut kesesuaian - telur cair atau telur keras, tabur lagi daun bawang.
8.Boleh juga ditabur keju parut di atasnya - yang ini optional :)
9.Makan dengan roti pita, roti peranchis ataupun roti biasa.
NOTA:
Boleh juga buat cara lebih mudah iaitu masak lapisan B dan C semua sekali. (tak perlu asingkan). Lepas tu ikut cara 4 hingga 9. :))