Khasiat Buah Zaitun
Allah s.w.t menyebut dalam beberapa ayat mengenai buah zaitun, iaitu dalam surah al-Tiin: "Demi buah tin dan zaitun," dan dalam surah an-Nur ayat 35, disebut mengenai minyak zaitun yang penuh berkat, iaitu "Lampu itu dinyalakan dengan minyak dari pokok yang berkat (atau banyak manfaatnya iaitu) pokok zaitun."
Demikianlah, buah zaitun disebut dalam al-Quran yang tentunya mempunyai keistimewaan tersendiri. Dalam al-Quran, buah zaitun disebut sebanyak tujuh kali; dua kali disebut zaitun bersendirian, lima kali disebut berserta dengan buah-buahan lain, antaranya tamar, delima, anggur dan buah tin. Ini menunjukkan tentu ada banyak kelebihan atau khasiat buah zaitun yang Allah s.w.t kurniakan, bagi faedah dan kebaikan kepada manusia. Buah zaitun nama botaninya disebut olea europea banyak ditanam di kawasan Mediterranean dan tempat pernanamannya yang utama ialah di Sepanyol, Turki, Itali, Tunisia dan Morocco. Minyak zaitun atau olive oil adalah hasil perahan daripada buah zaitun.
Dalam surah al-Nur ayat 35, Allah menyebut tentang buah zaitun, yang mana para ulama memberi pentafsiran dan pandangan yang sama merujuk kepada tempat dan taburan penanaman buah zaitun.
Dalam kitab Sunan al-Tarmizi dan Ibnu Majah, terdapat sebuah hadith daripada Abdullah bin Umar yang menyebut bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: "Makanlah kamu minyak zaitun dan gunakanlah ia sebagai minyak rambut, kerana minyak zaitun dibuat daripada pohon yang penuh berkat."
Begitu juga hadith riwayat al-Baihaqi dan Ibnu Majah daripada Abdullah bin Umar, Rasulullah s.a.w bersabda: "Gunakanlah minyak zaitun sebagai lauk sekali gus minyak rambut kerana ia berasal dari pohon yang diberkati."
Minyak zaitun bersifat lembap pada peringkat pertama. Justeru, ada yang mengatakan ia bersifat kering adalah tidak benar. Teksturnya bergantung pada kandungan minyaknya. Minyak yang dihasilkan daripada buah zaitun yang sudah masak adalah yang paling elok dan paling stabil. Manakala yang dihasilkan daripada buah yang mentah pula cenderung bersifat sejuk dan kering.
Minyak yang dihasilkan daripada buah zaitun merah mempunyai kualiti sederhana. Minyak yang diperbuat daripada buah zaitun yang berwarna hitam mampu memberikan kehangatan sekali gus kelembapan dengan stabil.
Antara khasiat minyak zaitun, ia boleh mengatasi racun, melapangkan perut dan mengeluarkan cacing. Minyak zaitun mengandungi vitamin E dan vitamin K yang baik untuk kesihatan kulit terutamanya untuk rawatan kecantikan wanita. Jika diperah dengan campuran air, panasnya berkurang, lebih lembut, dan lebih berkhasiat.
Zaitun boleh menghaluskan kulit dan melambatkan pertumbuhan uban. Dengan menggunakan minyak zaitun setiap hari, rambut dan kulit bersinar. Kegunaan untuk tubuh adalah lazimnya disapu setiap kali selepas mandi pada permukaan tubuh. Minyak zaitun mudah meresap, sehingga tidak perlu bimbang ia melekit.
Jus zaitun yang dicampur garam boleh menguatkan gusi. Daunnya boleh meredakan dan merawat demam, kesemutan, kudis dan mencegah peluh berlebihan.
Dari Sudut Saintifik
Dunia moden pada hari ini, melalui kajian-kajian sains, tidak dinafikan banyak yang mengiktiraf khasiat buah zaitun.
Minyak zaitun adalah antara minyak yang bernilai tinggi dalam bidang kesihatan. Selain minyak zaitun bertindak sebagai penambah zat makanan, ia juga bertindak mencuci dan membaik pulih perut dan penawar racun. Ia akan membantu pesakit gastrik dan juga yang mengalami kegagalan fungsi buah pinggang.
Minyak zaitun juga boleh diambil sebagai sapuan luaran, selain bertindak sebagai pelicin, ia sebagai pelembut kepada kulit yang mengalami ekzema dan psoriasis.
Menurut al-Tarmizi dan Ibn Majah, Nabi s.a.w bersabda, "Makanlah minyak zaitun, dan sapulah kulitmu dengannya kerana ia datang dari pohon yang diberkati."
Dari sudut pandangan sains pemakanan, minyak zaitun mengandungi asid lemak tidak tepu yang dikelaskan sebagao "monounsaturated" yang mampu merendahkan kolesterol berbahaya dalam darah. Satu kajian yang dijalankan oleh pakar kesihatan di Institut Sains Kesihatan, Universiti Oxford, mengkaji perkaitan antara kanser dan pemakanan seseorang.
Didapati bahawa negara yang mengamalkan pengambilan daging yang kerap dan rendah dalam pengambilan sayur-sayuran, mempunyai risiko dan kes penyakit kanser yang tinggi tetapi pengambilan minyak zaitun akan mengurangkan kadar kes tersebut. Dalam Annals of Oncology (Januari 2005), pakar-pakar sains mendapati diet Mediterranean yang kaya dengan minyak zaitun boleh mengurangkan risiko seseorang mendapat kanser payudara kerana kandungan oleic acid yang terdapat di dalamnya.
Khasiat Minyak Zaitun
Menurut ImamIbn Qayyim al-Jauziyyah, mutu minyak zaitun adalah bergantung kepada pokok yang mengeluarkannya. Sebagai contoh, jenis yang terbaik adalah minyak zaitun yang dikeluarkan daripada buah yang masak, manakala minyak daripada buah zaitun yang belum masak adalah bersifat sejuk dan kering. Buah zaitun yang telah masak ranum lebih cenderung menjadi panas dan mengurai.
Oleh sebab itu, jika ia diproses menggunakan air akan menjadikannya kurang panas, bertindak dengan lembut dan lebih berkhasiat. Walau bagaimanapun semua jenis minyak zaitun boleh melembutkan kulit serta melambatkan penuaan.
Minyak zaitun boleh melawan racun dalam badan dengan bertindak sebagai laxative dan menyingkir cacing di dalam badan. Pengambilan minyak zaitun amat bermanfaat untuk mencegah penyakit jantung. Minyak zaitun banyak digunakan sebagai bahan asas produk kecantikan dan ramuan kosmetik. Minyak zaitun juga boleh digunakan sebagai minyak masak. Walaupun banyak berpendapat mengatakan bahawa makanan yang dimasak atau digoreng menggunakan minyak zaitun tidak sesedap makanan yang digoreng dengan menggunakan minyak sawit, namun ia ada kelebihan tersendiri dari sudut kesihatan.
Minyak masak selain yang berasaskan zaitun jika digunakan berulang kali menyebabkan jumlah kolesterol teroksida dan menjadi tepu serta tidak elok untuk kesihatan. Kesannya dapat dilihat apabila minyak tersebut memerangkap sisa makanan dan berubah warna dan bau. Namun berbeza dengan minyak zaitun kerana ia boleh digunakan berulang kali dan tidak mengalami proses pengoksidaan serta tidak akan berubah dari segi warna dan bau.
Melihat pada keadaan dan tahap kesihatan umum terkini, penyakit jantung yang dikatakan sebagai pembunuh secara senyap boleh dikurangkan. Pengambilan minyak zaitun boleh mencegahnya kerana ia kaya dengan bahan phenol. Bahan ini mempunyai bahan antioksidan yang tinggi dan mampu mencegah proses radang dan pembekuan darah.
Pada hari ini, produk berasaskan buah zaitun telah banyak dihasilkan dengan dipelbagaikan produknya dengan teknologi terkini, antaranya sebagai bahan untuk kegunaan asas seperti minyak masak, minyak rambut, barangan kecantikan, sabun dan juga sebagai makanan tambahan.
Abu Hurairah meriwayatkan bahawa Nabi s.a.w bersabda: "Ambillah minyak zaitun dan sapu ke kulitmu. Ia membantu mengubat tujuh puluh (beberapa) penyakit dan juga juzam (kusta)."
Justeru, khasiat buah zaitun merupakan anugerah Allah yang amat bernilai untuk dimanfaatkan kerana bukan sahaja ia disebut dalam al-quran malah pakar-pakar sains juga mengiktiraf keistimewaannya.
Sumber: Ustaz Mohd Wahid Abd Hanif - Majalah Solusi