Merdeka!
Merdeka!
1 Malaysia Menjana Tranformasi....
Roti Jala
2 cawan tepung gandum
2 1/3 cawan air+santan...blh juga guna susu cair/fresh milk/low fat milk
1 biji telur ayam
sedikit garam
serbuk kunyit untuk warna...pewarna kuning pun boleh :))
Masukkan semua bahan dalam mesin pengisar dan kisar sehingga sebati...kalau agak pekat tambahkan air. Panaskan skillet/pan dan sapu minyak dengan menggunakan daun pandan pada pan. Isi acuan roti jala dengan bancuhan tepung dan kirai secara pusingan dalam pan. Bila dah masak, terus lipat ikut kreativiti masing2. Ulang proses sehingga bancuhan selesai. Hidang dengan kari, sambal atau serawa :)))
Kari Ayam
1 bahagian isi ayam - potong 3/4
5 sudu serbuk kari daging/ayam
1 biji kelapa - ambil santan
3 biji bawang besar - kisar
5 ulas bawang putih - kisar
1 inci halia - kisar
1 inci lengkuas - kisar
1 batang serai - titik
2 biji cili hijau
1 sudu besar kerisik
sedikit daun kari
sedikit rempah campak/tumis - bunga lawang/biji pelaga
Panaskan minyak dan tumis bahan kisar sehingga naik bau. Masukkan serbuk kari, ayam serta kentang dan masak sehingga mendidih dan kentang agak empuk. Masukkan santan, serai, asam jawa, cili hijau, kerisik, daun kari, bunga lawang, biji pelaga dan biarkan mendidih. Tambah perasa *jika perlu dan juga garam secukup rasa. Angkat dan biarkan selama 2,3 jam kemudian panaskan semula dan barulah dihidangkan :))
SN A. Samad Said
Kita mencari hanya yang tulen dan jati
sekadar hidup mengerti dan berbudi
dan bumi akan subur, makmur dan mewah
jika kita bekerja dan berikrar hidup bersama
tanah air memberi banyak
mesra mendakap kita
kemerdekaan mendorong kita berdiri dan berbakti
dan dalam alaf baru
semangat kita wajar padu berjalan kita
atas nama tanah air dan bangsa
bangga kerana merdeka
megah kerana bahagia.