(: DELIAH'S DELI IS CLOSED FOR THE SEASON... :)

Thursday, August 27, 2009

TEPUNG GOMAK...tersilap!! :)))




Bahan:

2 cawan tepung pulut

1/2 sk garam garam
Air secukupnya
Tepung kacang hijau secukupnya



Bahan Inti:

1 ketul gula melaka
1 sudu besar gula pasir
1 1/2 cawan kelapa parut
1/2 sk tepung gandum


Cara:Masak gula merah dan gula putih hingga gula larut. Masukkan kelapa parut dan tepung gandum dan dikacau hingga sebati. Angkat dan sejukkan sebelum dibentukkan bulat2 supaya mudah dimasukkan dalam doh. Gaulkan tepung pulut dengan air dan sedikit garam sehingga menjadi adunan yang boleh dibentuk. *tak perasan pula yang saya telah tersilap mencampurkan sedikit tepung gandum dalam adunan tapi hasilnya, kuih ini lebih mudah dibentuk :) Ambil sedikit adunan tepung pulut dan leperkan untuk memasukkan inti. Bulatkan dan dileperkan seperti dalam gambar. Masak air mendidih dan masukkan adunan yang telah siap. Masak sehingga kuih timbul, angkat dan tiriskan air. Golekkan dalam tepung kacang hijau.






Share/Bookmark

0 comments: