(: DELIAH'S DELI IS CLOSED FOR THE SEASON... :)

Tuesday, January 5, 2010

Jom Sarapan Dengan SHAKSHUKA - shaqshuqa; Arabic: شكشوكة‎


Originally enjoyed by rulers of the Uthmaniah Empire


Usually served with pita bread - apa2 roti pun sedap :)



BAHAN-BAHAN:

1 1/2 bungkus daging cincang - paket kecil
5-6 biji telur ayam - mengikut diameter non-stick pan
8 biji bawang besar - dipotong dadu dan dikisar - nisbah 5:3
5 ulas bawang putih - kisar
1 1/2 inci halia -kisar
5 biji tomato - dipotong dadu
1 senduk sos tomato
3 batang cili hijau (kalau suka) - dihiris
3 sudu besar rempah sup
4 sudu besar minyak sapi - boleh guna minyak lain :)
Sedikit daun sup dan daun bawang - hiris kecil
Sedikit bawang goreng
Garam dan serbuk perasa


CARA-CARA:

LAPISAN B
1. Tumis 1/2 bahan-bahan yang dikisar dengan 2 sudu minyak sapi dan minyak masak di dalam kuali.
2. Setelah naik bau masukkan 2 sudu rempah sup.
3. Masukkan daging cincang - pastikan ia tidak berketul-ketul.
4. Masukkan garam dan serbuk perasa - biar masin sedikit
5. Masak sehingga daging empuk dan airnya kering. Ketepikan.

LAPISAN A
1. Tumis baki bahan-bahan yang dikisar tadi dengan minyak sapi dan minyak masak.
2. Masukkan rempah sup dan goreng lagi sehingga naik bau.
3. Masukkan bawang yang dipotong dadu.
4. Agak-agak layu masukkan tomato pula.
5. Masukkan pula sos tomato.
6. Taburkan garam dan serbuk perasa - imbangkan dengan rasa masin daging cincang (Lapisan B) tadi.

LAPISAN C
1. Ratakan LAPISAN A dalam non-stick pan
2. Tabur LAPISAN B rata-rata di atas LAPISAN A
3. Tabur pula daun bawang,daun sup dan bawang goreng di atasnya.
4. Pecahkan sebiji telur di dalam mangkuk dan tuang perlahan-lahan atas LAPISAN B. Buatkan lubangnya terlebih dahulu, supaya telur tidak merebak dengan banyak - rujuk gambar. Letak telur di bahagian tengah dahulu.
5. Buat sedemikian sehingga semua telur siap dituang atas LAPISAN B.
6. Tutup non-stick pan dan biar telur masak dengan api yang amat perlahan - supaya LAPISAN A tidak hangus.
7. Setelah telur masak - mengikut kesesuaian - telur cair atau telur keras, tabur lagi daun bawang.
8.Boleh juga ditabur keju parut di atasnya - yang ini optional :)
9.Makan dengan roti pita, roti peranchis ataupun roti biasa.

NOTA:
Boleh juga buat cara lebih mudah iaitu masak lapisan B dan C semua sekali. (tak perlu asingkan). Lepas tu ikut cara 4 hingga 9. :))





Share/Bookmark

4 comments:

indahhouse said... Best Blogger Tips[Reply]Best Blogger Templates

Salam Deliah,
kihkih. aritu dah masuk, tapi tak berani mintak. tak reti makan shakshouka nih! ada rasa cam sup telur tak?

Deliah's Deli said... Best Blogger Tips[Reply]Best Blogger Templates

rasa daging cincang dgn tomato dan rempah.telur tu lebih kurang rasa telur goreng je.sedap, kalau teringin buat sikit dulu.letak atasnya slice cheese lagi sedap. ramai kawan2 saya yang suka walaupun sblm ni x pernah mkn mknan ni :)

hana said... Best Blogger Tips[Reply]Best Blogger Templates

tgk menu nih dh byk kali juga... jakun sbb tk penah makan! nnti klu ader roti nk try wat lah!

Deliah's Deli said... Best Blogger Tips[Reply]Best Blogger Templates

sedap - insyaAllah x keciwa mcuba :)