(: DELIAH'S DELI IS CLOSED FOR THE SEASON... :)

Sunday, September 6, 2009

KUIH TAKO - jagung ;)



BAHAN-BAHAN:

Bahagian Atas:

1 cawan pati santan
2 cawan air
3-4 sudu besar tepung jagung
2 sudu besar gula
1 sudu teh garam

Bahagian Bawah:

3 cawan air pandan
5-6 sudu besar tepung jagung
6 sudu besar gula
1 cawan sengkuang cina yang dipotong kecil2 atau jagung manis

CARA-CARA:

Panaskan kedua-dua bahan di dalam bekas berasingan dengan api perlahan sehingga mendidih.
Angkat dan tuang bahagian bawah di dalam acuan daun pandan atau plastik.
Masukkan sedikit sengkuang cina atau jagung manis dalam setiap bekas.
(Boleh juga dimasukkan lebih awal dalam acuan)
Kemudian tuang bahagian atasnya pula perlahan-lahan.
Biarkan sejuk.


* Acuan Tako - Daun Pandan.

Ambil sehelai daun pandai yang lebar. Kalau x ada boleh juga guna daun yang kecil.
Gunakan kadbod berukuran 2.0x1.5 inci sebagai alat pengukur.
Gunting daun pandan kepada 5 bahagian mengikut ukur tadi berselang-seli. Jangan sampai putus. Jadi ada yang 2.0 inci dan ada bahagian yang 1.5 inci.
Bentukkan daun tadi kepada bentuk kotak. Selang selikan bahagian bawahnya agar lebih kejap.
Gunakan stapler atau pencungkil gigi kayu.
Kalau daun kecil pastikan bahagian tengah yang berlubang itu juga ditutup dengan daun.


SELAMAT MENCUBA!





Share/Bookmark

1 comments:

Queen Rania said... Best Blogger Tips[Reply]Best Blogger Templates

resepi tepung pelita ada..