(: DELIAH'S DELI IS CLOSED FOR THE SEASON... :)

Tuesday, January 12, 2010

SEJARAH CROISSANT - fakta sejarah yang semakin dilupakan :(

















Minggu lalu selepas menghidangkan Shaqshuqa, makanan yang sering dinikmati semasa Zaman Kerajaan Uthmaniah, saya terpanggil untuk berhijrah pandangan ke Cordova pula. Pada era pemerintahan Kerajaan Uthmaniah, roti kirpfel (kip-fel) mula diperkenalkan dan dipercayai di sinilah bermulanya acuan croissant (kwa-son). Sebenarnya sudah begitu lama saya hendak menulis tentang isu ini tetapi tidak dapat meluangkan masa. Jika kita perhatikan kepada bentuk croissant ini, kita akan dapat melihat bahawa ia berbentuk bulan sabit dan juga makna croissant adalah bulan sabit yang asal perkataan Peranchis manakala dalam bahasa Inggeris pula ialah crescent. Namun tidak dapat dibuktikan dengan jelas siapa ambil perkataan siapa, adakah Peranchis dahulu menggunakan croissant ataupun Inggeris dulu yang menggunakan daftar perkataan crescent. Namun itu tidak penting di sini, saya bukanlah pakar bahasa. Saya juga bukanlah pakar sejarah, namun saya ingin menulis serba sedikit tentang fakta sejarah yang saya tahu tentang roti croissant ini.










Sejarah roti kirpfel ini dapat dilihat bermula pada tahun Masihi 732, sewaktu bermulanya usaha-usaha untuk menjatuhkan Kerajaan Uthmaniah oleh pihak Roman. Daripada kegemilangan pemerintahan Kerajaan Uthmaniah di Semenanjung Cordoba (Spain) hingga ke peperangan Vienna, pelbagai usaha telah dilakukan oleh pihak Roman untuk melemahkan kepimpinan Kerajaan Uthmaniah ini. Akibat daripada kekalahan Battle of Tours, maka tentera Islam telah terpaksa berundur hingga ke Turki (Turkeya) dan selepas menandatangani perjanjian Stefano (1877) dengan Russia, maka empayar kerajaan Uthmaniah hanya kekal ke Turki. Di sini pihak kepimpinan Uthmaniah telah menaikkan bendera Islam bercorak bulan sabit bagi Turki dan ia kekal hingga ke hari ini.

















Kemudiannya, pada sekitar tahun 1683 telah dijadikan sebagai makanan keagamaan oleh pihak Polish dalam agenda politik mereka untuk mengingatkan rakyatnya tentang perjuangan tentera Polish menentang tentera Islam yang telah membawa kepada kekalahan dan pengunduran tentera Islam ke Turki. Mereka juga menganggap croissant sebagai simbolik apabila mereka boleh menelan ‘bulan sabit’ yang terdapat pada bentuk croissant. Setiap tahun di Sepanyol dan Poland terdapat suatu acara iaitu para pelakon akan melakonkan semula peperangan Vienna yang telah menyebabkan Kerajaan Uthmaniah tewas di tangan Putera Eugene of Savoy dan selepas babak lakonan ini mereka akan memberikan croissant percuma untuk dimakan oleh para hadirin. Namun, pengaruh Islam kerajaan Uthmaniah telah berjaya dikembangkan ke Eropah hingga ke Kosovo (Bosnia) yang kekal sebagai sebuah negara Islam hingga ke hari ini.


Share/Bookmark

3 comments:

indahhouse said... Best Blogger Tips[Reply]Best Blogger Templates

Salam Deliah,
apa khabar? dah kenyang tuh, makan croissant ke? tak penah lak tau sejarah croissant. rupanya ada kaitan ngan kerajaan uthmaniah ya?

indahhouse said... Best Blogger Tips[Reply]Best Blogger Templates

sedeynya baca cite nih. saya suka sangat tengok gambar watak salahuddin al ayyubi tu, Deliah. :)

Deliah's Deli said... Best Blogger Tips[Reply]Best Blogger Templates

salam nurindah...salah al’din al’ayubbi nilah pembakar semangat wira orang dulu-dulu, cerdik, cekap dan berani. Sebelum adanya minyak dengan OPEC inilah semangatnya. Sekarang ada minyak, lain jadinya pulak. Sekarang lagi sedih tengok :(