(: DELIAH'S DELI IS CLOSED FOR THE SEASON... :)

Thursday, May 14, 2009

KACAU KELEDEK - makanan tradisional




Manisan kegemaran masa saya kecil2. Tiba2 saya teringat kuih ni. Agaknya sebab saya masak gulai lemak udang campur keledek td. Tak sempat ambil gambar sebab dah licin ;)



Bahan-bahannya :
1/2 kg keledek - sy guna yang warna oren :) sepatutnya keledek putih/kuning
1 biji kelapa parut, jadikan santan 2 gelas
300 gram gula pasir
2 biji telur ayam
1 sudu teh vanilla
2 helai daun pandan

Cara Membuatnya :
1. Keledek dibersihkan, rebus dan lecek hingga halus. *(kalau dikisar pun boleh)
2. Satukan gula dan santan serta garam. Jerangkan atas api sederhana dan dikacau hingga likat.
3. Telur dipukul lalu dimasukkan ke dalam adunan santan gula bersama keledek lecek dan esen vanilla. Masukkan pewarna kuning - kalau guna keledek putih/kuning.
4. Kacau hingga cukup kental, tuang dalam acuan.


Nota:
Makanan ni biasanya dihidangkan pada hari raya. Makannya begitu sahaja tp saya suka sapu pada roti mcm kaya.



Share/Bookmark

0 comments: