(: DELIAH'S DELI IS CLOSED FOR THE SEASON... :)

Saturday, May 23, 2009

PUDING ROTI KUKUS...dengan sos vanila. :)


Jenguk2 dapur SUZI dapatlah resepi ni tapi instead of bakar, saya kukus puding roti tu selama 15-20 mins dan tambah 2 biji kentang rebus yang dilenyek. TQ sebab bagi idea bt ni ya Suzi. :)

8-10 keping roti
500ml susu segar
4 sudu besar gula
2 biji kentang rebus *lenyek
2 sudu butter
2 biji telur
sedikit esen vanilla

Rendam roti dgn susu dan masukkan gula. Biar hingga roti kembang. (tambah roti kalau perlu). Pukul telur dan masukkan dalam bekas berisi roti dan susu. Masukkan kentang dan gaul sebati. Kukus 15-20 mins. Makan bersama sos vanila. Ni resepinya:
*2 sudu tepung jagung dimasak bersama 200ml susu segar, 3 sudu gula dan sedikit vanilla sehingga agak pekat. Tuang atas puding roti kukus. :)


Sebenarnya puding roti ialah dessert yang amat mudah & tiga langkah sahaja diperlukan :
siat roti, rendam & bakar@kukus. :)




Share/Bookmark

0 comments: