Bahan Untuk Doh:
2 cawan tepung pulut
1/2 cawan santan*optional
sedikit air
secubit garam
Bahan Untuk Kuah Gula:
1 biji kelapa parut-buang kulit arinya
secubit garam
2 helai daun pandan-simpul
1-2 ketul gula melaka
2 sudu gula pasir
1/2 cawan air
Cara-cara:
Campurkan semua tepung beras, garam, santan dan air. Uli sehingga rata. Bentukkan adunan menjadi kepingan sebesar syilling 10 sen dan setebal 1/2 cm. Sebelum itu, didihkan air di dalam periuk dan rebus kepingan tepung pulut sehingga masak (timbul). Keluarkan puteri mandi yang timbul dari periuk, agar tidak melekat dan masukkan ke dalam bekas berisi air biasa. Untuk membuat kuah gulanya, didihkan air dan masukkan gula melaka, gula pasir dan garam serta daun pandan. Biarkan mendidih. Kemudian, masukkan kelapa parut serta kepingan puteri mandi. Gaul rata dan sedap jika dihidangkan semasa panas.
*Saya guna inti kuih dadar yang lebih semalam-sebab tu express!
4 comments:
ringkas dan sedap...
a'ah yang ni habis sempoi dan sedap!
mak suka buat kuih ni bila bulan puasa...sedap kan. tapi anak2 tak berapa reti nak mkn...mcm nak tercekik je hihihi
sedap.cuba suzi buat kecil2 sikit.sy pun buat sikit je kuih ni.nak cuba2 je x sangka pula semua suka.alhamdullilah.
Post a Comment