(: DELIAH'S DELI IS CLOSED FOR THE SEASON... :)

Tuesday, October 13, 2009

MANGISI @ MALISA @ MARISA = 1 Glass Of Cooling Passion Fruits/Markisa Juice.



Pokok Markisa atau juga dikenali sebagai buah susu, merupakan sejenis pokok yang menjalar bagi mendapatkan cahaya matahari. Buahnya yang rasa sedikit masam dan manis boleh dimakan begitu sahaja ataupun dijadikan minuman. Kini terdapat jus markisa dijual di pasar raya atau kedai-kedai.
Pokok markisa ini terdapat di kebanyakan negara-negara tropika dan sub-tropika terutama di Australia, India, Kenya, New Zealand dan Hawaii. Markisa ditanam secara komersil di negara-negara berkenaan. Dua varieti yang biasa ditanam untuk tujuan ini ialah markisa berkulit warna kuning (Passiflora edulis f.flvicarpa) dan buah markisa berkulit warna ungu (Passiflora edulis sim).
Terdapat dua jenis markisa, satu berwarna kuning yang tumbuh di dataran tinggi dan satu lagi berwarna ungu. Walau bagaimanapun, rasa kedua-dua jenis ini adalah sama sahaja. Varieti kuning didapati lebih sesuai ditanam di Malaysia kerana boleh mengeluarkan hasil yang lebih tinggi berbanding varieti ungu. Varieti kuning ini telah dibawa ke Malaysia dari Australia dan Hawaii pada tahun 1960-an. Markisa ialah tanaman saka yang menjalar. Buah markisa mengeluarkan sulur paut dari pangkal daun. Bentuk daunnya bulat membujur dan rata di tepi.
Di Malaysia, markisa dari varieti kuning mula menghasilkan buah dalam jangka masa 5-6 bulan selepas tempoh penanaman dan jangka hayat pokok adalah lebih kurang 3 tahun. Lebih kurang 74 hari selepas pendebungaan, bunga akan menjadi buah yang bujur berukuran kira-kira 7 cm dan 6 cm dan mempunyai berat dalam lingkungan 8 g. Buah ini manis serta mempunyai rasa dan bau yang sedap apabila ranum.
Buah markisa boleh didapati sepanjang tahun tetapi puncak pengeluarannya ialah di antara bulan Disember hingga Januari dan Julai hingga Ogos. Indeks kematangan komersil untuk buah markisa adalah apabila buah tersebut jatuh dari tangkainya secara semulajadi. Maka barulah buah markisa tersebut boleh dituai. Ini selalunya berlaku selepas 75 hari selepas proses pendebungaan.
Buah markisa ungu sesuai dimakan mentah manakala buah markisa kuning pula sesuai digunakan untuk penghasilan jus. Pulpa markisa boleh dijadikan jem, agar-agar, perasa ataupun campuran kepada yoghurt dan aiskrim. Selain mempunyai citarasa dan aroma yang unik, jus markisa merupakan sumber yang kaya dengan pro-vitamin A, vitamin C, niasin, dan riboflavin. Ia boleh dijadikan komponen untuk minuman sirap, kek, roti dan susu. Kulit buah markisa pula boleh dijadikan makanan ternakan.



2 biji buah markisa - diambil isi, 2 sudu besar gula pasir- dilarutkan, 1 cawan air sejuk dan beberapa ketulan air batu. Campur kesemuanya dalam gelas. Siaplah Jus mangisi @ malisa @marisa...*nama baru anak2 beri utk buah ini. :)))





Share/Bookmark

4 comments:

... said... Best Blogger Tips[Reply]Best Blogger Templates

apa rasa ek..

Deliah's Deli said... Best Blogger Tips[Reply]Best Blogger Templates

masam manis ler ;)

fa10 said... Best Blogger Tips[Reply]Best Blogger Templates

masa kecik2 dulu mak panggil buah susu... salam ziarah

Deliah's Deli said... Best Blogger Tips[Reply]Best Blogger Templates

fa10, sama la, dulu2 pun sy panggil buah susu.tp skrang ni org kenal dgn nama markisa.nama2 yang lain tu disebut oleh beberapa org yang susah nak ingat nama markisa.tu yang jadi mangisi,malisa dan marisa :)