Takrif Zakat Fitrah:
Zakat dari segi bahasa bermaksud bersih, suci, subur dan berkembang. Zakat Fitrah bermaksud zakat diri yang diwajibkan ke atas setiap individu muslim lelaki dan perempuan dalam bulan Ramadhan dan menjelang Idil Fitri mengikut syarat-syarat yang ditetapkan.
Jenis Dan Kadar Bayaran Zakat Fitrah:
Jenis zakat yang dikeluarkan ialah berdasarkan makanan asasi sesebuah negeri seperti beras. Kadar yang dikeluarkan ialah 1 gantang baghdad bersamaan timbangan metrik 1.60kg. Nilai bagi kadar ini adalah berubah dari semasa ke semasa bergantung kepada harga beras yang dimakan oleh kebanyakan penduduk Islam di sesebuah negeri.
Hukum Zakat Fitrah:
Mengeluarkan Zakat Fitrah hukumnya adalah wajib ke atas setiap orang Islam yang merdeka dan mampu mengeluarkannya pada waktunya. Orang Islam adalah meliputi golongan tua dan muda, lelaki atau perempuan dan berakal atau tidak.
Fadhilat Mengeluarkan Zakat Fitrah:
* Menampung kekurangan semasa berpuasa.
Maksudnya : Berkata Waki’ bin al Jarah : Zakat Fitrah di dalam bulan Ramadhan seperti sujud sahwi di dalam solat,menampung kekurangan berpuasa sebagaimana sujud sahwi menampung kekurangan dalam sembahyang.
* Membantu fakir dan miskin pada Hari Raya.
Dari Ibnu Abbas r.a bersabda Rasulullah SAW : Mewajibkan zakat fitrah itu sebagai pembersih bagi orang yang berpuasa daripada perbuatan yang sia-sia dan perkataan kotor dan sebagai makanan bagi orang miskin. Kerana itu, sesiapa yang mengeluarkan selepas solat (Idilfitri) maka ia merupakan salah satu sedekah daripada sedakah-sedekah biasa. (Hadis riwayat Abu Daud dan Ibn Majah).
9 comments:
alhamdulillah hari tu suami akak baru bayar.
good info ..thanks :)
Alhamdulillah, Dude dah tunaikan 1st week ramadhan...harus kita beringat kan dear...thanks for sharing :)
wahh.. baru tau brp zakat fitrah yg nk kene bayar.. hihi... biasa tiap2 tahun abah gi bayarkan, pastu thn ni abah n hasben tun bayarkan.. wah, ada 2 org tlg bayar zakat fitrah utk tun. alhamdulillah..
Thanks for this informative post Del!
not yet!! soon
del.. bagus info ni.. siap ada list lagi.. selamat menunaikan zakat..:)
Salam kak del! dah sudah bayar 3 hari lepas jangan d lupa juga zakat hartanyerrrr :D
insyaAllah...cuti ni baru nak bayar..he3
bagus la saling ingat2x kan...ma aceh..folow blog ni...
Post a Comment