(: DELIAH'S DELI IS CLOSED FOR THE SEASON... :)

Wednesday, July 29, 2009

KUIH DADAR @ KUIH GULUNG @ KETAYAP

Inti:

150 gm gula melaka-racik halus/kecil2
3/4 cawan air
1/2 biji kelapa parut
1 sudu tepung gandum/jagung
garam
daun pandan

Kulit:
1 cawan tepung gandum
1 1/2 cawan santan @ 1 cawan susu & 1 sudu butter cair
1 biji telur
2 helai daun pandan


Cara:

Untuk membuat inti, masukkan semua bahan inti ke dalam kuali. Masak di atas api yang sederhana dan kacau agar sebati dan melengas. Masukkan sedikit tepung gandum atau jagung agar inti ini melengas. Angkat, ketepikan dan biar sejuk. Untuk kulitnya, masukkan tepung gandum dan telur di dalam mangkuk. Kemudian masukkan santan dan kacau hingga sebati. Jika suka bolehlah dimasukkan air daun pandan atau pewarna. Tapis adunan ini jika perlu. Panaskan kuali yang telah dilengser dengan sedikit minyak. Tuangkan sesenduk adunan ini dan lenggang-lenggangkan kuali tadi, supaya adunan rata dan nipis. Setelah masak, angkat dan ketepikan . Buat sehingga selesai semuanya. Kemudian ambil kulit kuih dadar tadi dan masukkan inti di tengah-tengahnya. Kemudian lipatkan dan gulung kemas-kemas. Lakukan sehingga selesai dan hidangkan. Makan petang dengan teh 'O' panas - Sedap!





Share/Bookmark

4 comments:

... said... Best Blogger Tips[Reply]Best Blogger Templates

seronok lah pulak tgk kuih dadar ada warna pink...buatlah colour2...baru cool...:)

Deliah's Deli said... Best Blogger Tips[Reply]Best Blogger Templates

ajk tengah dok mesyuarat nak campur colour apa nak jadikan blond ;)

Suzi said... Best Blogger Tips[Reply]Best Blogger Templates

ni kuih kegemaran anak saya yg sulung...dia memang suka kuih2 tradisi ni...

Deliah's Deli said... Best Blogger Tips[Reply]Best Blogger Templates

sesetgh anak2 memang suka kuih tradisional.masa sy kecil dulu paling suka kuih koci.sebakul pun boleh habis...hehehe :)