Bahan:
1 paket agar-agar (tali)
Air secukupnya - main agak2 je ni :)
2 ketul gula melaka/1 paket gula merah - kalau suka manis, boleh campur gula pasir sedikit.
2 biji telur
1 paket santan - santan kotak pun boleh juga digunakan
sedikit daun pandan - dicuci bersih dan disimpul
Cara:
Di dalam periuk, masukkan air, agar-agar, daun pandan dan gula melaka dan masak sehingga hancur. Di dalam bekas lain, pukul telur dengan garfu, masukkan santan dan gaul sebati. Tuang campuran telur dan santan ke dalam periuk. Biar mendidih seketika dan padamkan api. Tuang agar-agar ke dalam bekas/acuan. Simpan dalam peti sejuk untuk dibekukan. Biasanya saya biarkan sedikit agar-agar di dalam senduk sehingga sejuk untuk memastikan agar2 itu tidak keras apabila sejuk nanti. Jika keras,bolehlah ditambah air dan gula jika perlu.
4 comments:
nie mkn sejuk2 sedap nie..
jgn kata nak makan sejuk, tak dan keras lagi semua dah minta 1 ;)
Cantiknya bekas agar-agar tu...
beli kat kedai RM2 je tu :)
Post a Comment