(: DELIAH'S DELI IS CLOSED FOR THE SEASON... :)

Saturday, August 29, 2009

BUN KELEDEK - inti kacau keledek!



Tiba-tiba saya teringin makan bun keledek. Inti bun tu saya guna resepi kacau keledek.
Boleh klik SINI kalau anda teringin juga.



Resepi Bun:
500 gm tepung gandum, 1 paket (11gm) mauripan yeast, 4 sudu gula pasir, 1 biji telur, 1/2 cawan air suam, 4 sudu susu tepung* optional, 1 sudu kecil bread improver, 1/4 cawan minyak masak@75gm butter dan 1/2 sk garam. Campur tepung, gula, yis, susu, telur, air sedikit demi sedikit* kalau kurang boleh tambah airnya dan uli sampai tak melekat pada tangan dan keliling mangkuk. Masukkan minyak masak, garam dan uli sampai lembut. Biarkan selama 15 minit. Kemudian uli untuk keluarkan angin dan bahagikan doh sebanyak 24 bahagian. Rehatkan doh selama 20 minit. Masukkan inti dan bentukkan. Letakkan dalam dulang dan biarkan lagi selama 20 minit. Bakar selama 20 minit dengan kepanasan 180 darjah celcius. Siap!




Share/Bookmark

3 comments:

Zawir Al-Hamidi said... Best Blogger Tips[Reply]Best Blogger Templates

Bila tgok bun keledek ni teringat pulak kat masakan emak. Hihihi...

Queen Rania said... Best Blogger Tips[Reply]Best Blogger Templates

nampak sedap..

Deliah's Deli said... Best Blogger Tips[Reply]Best Blogger Templates

sedap ni...kacau keledek tu mkn dulu2 yg paling sedap :)