(: DELIAH'S DELI IS CLOSED FOR THE SEASON... :)

Saturday, August 22, 2009

KOLE KOLE KACANG...:p~



2 cawan santan pekat dimasak sehingga menjadi tahi minyak dan ketepikan. Kemudian, 1-2 ketul gula melaka atau 1 1/2 cawan gula merah dicairkan dengan 2 cawan air Kalau kurang manis boleh tambah sedikit gula pasir dalam 1-2 sudu besar. Sesudah gula sejuk, dicampurkan dengan 2 sudu besar minyak kelapa, 4 cawan santan, 2 cawan tepung kacang hijau, sedikit garam dan sehelai daun pandan-disimpul. Gaul sebati dan kemudian masak di atas api sederhana sehingga likat dan pekat. Masukkan di dalam acuan/bekas yang sesuai dan tabur tahi minyak di atasnya. Sejukkan dan nikmatilah keenakannya :)







Share/Bookmark

2 comments:

Queen Rania said... Best Blogger Tips[Reply]Best Blogger Templates

sedapnyer..nie mesti buat guna resepi arwah ninda kan...:)

Deliah's Deli said... Best Blogger Tips[Reply]Best Blogger Templates

rania > sama ke resepinya? ni main agak2je.nasib baik ada rasa.tapi sebenarnya teringin kole-kole yang makan terus hilang dlm mulut tu.tahu tak macamana? :)