Merdeka!
Merdeka!
Merdeka!
1 Malaysia Menjana Tranformasi....
Merdeka!
Merdeka!
1 Malaysia Menjana Tranformasi....
Hari ni untuk iftar buat roti jala. Adalah ciri-ciri keMalaysiaan memandangkan hari ini genap 53 tahun Malaysia merdeka...Dah lama betul tak buat roti jala atau ada juga orang panggil roti kirai...Kali terakhir kalau tak silap masa zaman sekolah-sekolah dulu...uishhh, lama betul tu! :))) Oleh sebab ada permintaan bulan2 puasa ni kenalah juga membuatnya...Tengok la rupanya pun tak seberapa...tapi sebab dah berlapar seharian tentulah apa-apa sahaja yang ada atas meja makan tu semuanya sedap :)
Roti Jala
2 cawan tepung gandum
2 1/3 cawan air+santan...blh juga guna susu cair/fresh milk/low fat milk
1 biji telur ayam
sedikit garam
serbuk kunyit untuk warna...pewarna kuning pun boleh :))
Masukkan semua bahan dalam mesin pengisar dan kisar sehingga sebati...kalau agak pekat tambahkan air. Panaskan skillet/pan dan sapu minyak dengan menggunakan daun pandan pada pan. Isi acuan roti jala dengan bancuhan tepung dan kirai secara pusingan dalam pan. Bila dah masak, terus lipat ikut kreativiti masing2. Ulang proses sehingga bancuhan selesai. Hidang dengan kari, sambal atau serawa :)))
Kari Ayam
1 bahagian isi ayam - potong 3/4
5 sudu serbuk kari daging/ayam
1 biji kelapa - ambil santan
3 biji bawang besar - kisar
5 ulas bawang putih - kisar
1 inci halia - kisar
1 inci lengkuas - kisar
1 batang serai - titik
2 biji cili hijau
1 sudu besar kerisik
sedikit daun kari
sedikit rempah campak/tumis - bunga lawang/biji pelaga
Panaskan minyak dan tumis bahan kisar sehingga naik bau. Masukkan serbuk kari, ayam serta kentang dan masak sehingga mendidih dan kentang agak empuk. Masukkan santan, serai, asam jawa, cili hijau, kerisik, daun kari, bunga lawang, biji pelaga dan biarkan mendidih. Tambah perasa *jika perlu dan juga garam secukup rasa. Angkat dan biarkan selama 2,3 jam kemudian panaskan semula dan barulah dihidangkan :))

ERTI KEMERDEKAAN
SN A. Samad Said
Kita mencari hanya yang tulen dan jati
sekadar hidup mengerti dan berbudi
dan bumi akan subur, makmur dan mewah
jika kita bekerja dan berikrar hidup bersama
tanah air memberi banyak
mesra mendakap kita
kemerdekaan mendorong kita berdiri dan berbakti
dan dalam alaf baru
semangat kita wajar padu berjalan kita
atas nama tanah air dan bangsa
bangga kerana merdeka
megah kerana bahagia.

6 comments:
Salam kak del! jalan malam2 nak moreh2 dgn roti jala akak dgn kari ituuuuuu, kita pun berbuka kari2 hari ni :D leh lah bwk roti jala jerr sian akak kalau kita bawak sume sekali :D
Salam Del,
amboi kat sini ada roti jala, knur sejak bulan posa ni belum lagi menjala...dah selalu menjala bila tak menjala rasa teringin juga..budak2 kat umah suker sekali roti jala ngan kuah kari.
Salam Merdeka Deliah,
Uish.. ada roti jala. kita terlepas kelmarin. Cantik presentation. ;)
Bulan2 puasa ni, roti jala mmg laku kan? Saya pun dah lama tak buat kari ayam... nak beli ayam.. :)
sedapnya roti jala....kena pulak ngan kuah kari...perh...
tol tol tol... klu bg biskut kering cicah kopi o pong sodapp! kan del kan kan... biskut raya dah buat blom?? aku nk tempah neh!
salam del...selamat meyambut kemerdekaan juga!!! dah byk buat kuih raya..??
Post a Comment