(: DELIAH'S DELI IS CLOSED FOR THE SEASON... :)

Wednesday, August 25, 2010

SAFIHA RA'A - pastri gulung & teh pudina :)


Safiha Ra'a ini ialah resepi dari LAILA'S BLOG. Kami buat berbuka semalam sehingga ke moreh. Pastrinya rangup dan sedap dimakan dengan teh panas. Kalau suka letak sedikit daun pudina ke dalam teh panas2. Bagi yang suka bau pudina, tentu sedap :)

Bahan Untuk Inti:
250 gm daging cincang
1 biji carrot disagat
sedikit batang celery/daun bawang - hiris
1 biji bawang merah sederhana besar - tumbuk
5 ulas bawang putih - tumbuk
1 sudu besar rempah sup
garam secukup rasa
3 sudu besar minyak sapi untuk menggoreng...minyak lain pun boleh :))

Tumis bawang putih dan bawang besar dengan minyak sapi. Masukkan daging cincang dan rempah sup. Kemudian masukkan carrot dan batang saderi. Masukkan garam secukup rasa dan masak hingga lobak merah dan batang saderi lembut. Angkat dan tos minyak.


Bahan Untuk Doh:
3 cawan tepung gandum
1 cawan minyak -1/4 cawan minyak untuk doh - boleh guna minyak zaiton/minyak jagung bg yg menjaga kesihatan sebab doh ni memang menggunakan banyak minyak... :)
1 cawan air - agak2 jgn terlalu melekit
1 sudu kecil garam

Gaul tepung dan garam. Masukkan minyak dan air sedikit demi sedikit sehingga menjadi doh. Bulat2kan lebih kurang 10 biji yg saiznya besar sedikit daripada bola ping pong. Masukkan doh ke dalam bekas berisi minyak dan simpan di dalam peti ais selama 4 jam....keluarkan dari peti sejuk, biarkan lembut sedikit dan mula mencanai...*sila rujuk gambar di bawah utk proses ini :))

1. Tebarkan doh macam roti canai.
2. Kemudian lipat kepada dua bahagian hujungnya.
3. Letak di tengah2nya inti daging+sayur.
4. Lipat kedua2 hujung doh.
5. Gulung sehingga menjadi seperti siput...
6. Hujung yang terlebih tu dilipat ke bawah :))



Doh yang siap digulung diletakkan atas dulang pembakar yang dioles minyak dan bakar dengan kepanasan 200 C selama 40 minit atau sehingga keperangan... :))


Share/Bookmark

13 comments:

hana said... Best Blogger Tips[Reply]Best Blogger Templates

salam del..
alamakkk cam bes jerk mende gulung2 neh! haiihhh.... ko biler nak join club bwh jambatan ni del?? aku dah nak turun pangkat dah neh! hahahahaa..... slamat bbuka del! :)

Wanieyra said... Best Blogger Tips[Reply]Best Blogger Templates

salam deli

boleh juga nak try..... tp kalu guna sardin ok tak?

ain said... Best Blogger Tips[Reply]Best Blogger Templates

salam del..mcm karipap gak ke..?? cuma digulung je.lg senang kot!

ijayuji said... Best Blogger Tips[Reply]Best Blogger Templates

Salam kak del! sama lah mcm kak hana gulong2 mmg kegemaran ehehhe... tgk gmbr yg bwh ni mcm epok2 pulak! :D

deeTha H said... Best Blogger Tips[Reply]Best Blogger Templates

salam kak,
safiha tu macam konde mak2 je.. hihihi
tapi yg ini konde sedap kan :D

Deliah's Deli said... Best Blogger Tips[Reply]Best Blogger Templates

salam to:

hana > hr tu aku sensorang jer duduk bwh jematan tu...korang x de..boring tau...*sambil ulur epok2 gulung kat hana :p~

ira > klu sardin pun sedap gak eyh ira...nnti sy pun nak try wat sardin plak :)

ain > a'ah mcm karipap...betul tu,lg senang x yah kelim...sbb klu kelim sure i fail punye :D

ika > ika pun panggil epok2 ke..mcm org johor jer...kita letak nama epok2 gulung pun ok gak kan ika :))

Deliah's Deli said... Best Blogger Tips[Reply]Best Blogger Templates

salam deetha > leh buat pakai hari raya ni deetha-fesyen baru! :D

izahdaut said... Best Blogger Tips[Reply]Best Blogger Templates

salam kak..woow sangat ngancam la pusing nih..namapk cam plain rupenyer ade isi..best tu..eh berwajah baru ke kak blog ni..cantikk

anymz said... Best Blogger Tips[Reply]Best Blogger Templates

salam Del,susah tak nak buatnya tu,,nampak cm best jek ..aiik??hana ajak dok bawah jambatan sambil makan2 ke tu??padanlah pepagi dia dah sampai rumah akak hari ni..ropa2nya ada udang sebalik batu..hehe

indahhouse said... Best Blogger Tips[Reply]Best Blogger Templates

Salam deliah,
cantik nama pastry ni, safiha..
nampak mudah dan enak. ada masa, nak try :)

mummyseri said... Best Blogger Tips[Reply]Best Blogger Templates

Salam..bestlah pastry ni namanya pon sedap kalo mengunyahnyer msti lagi sedapkan..

inaku79 said... Best Blogger Tips[Reply]Best Blogger Templates

ini klu buat sahut lg mantap nih... hehehe. nama pun cun. mcm best la..nk try la nanti....msuk list dulu ;-)

blogresipi.com said... Best Blogger Tips[Reply]Best Blogger Templates

Minum dengan teh pudina tu yang lagi tak tahan tu kak Del... nak segelas teh dengan seketul pastry... nak buat sahur heheh :D