(: DELIAH'S DELI IS CLOSED FOR THE SEASON... :)

Monday, June 22, 2009

ROTI MARYAM - flat bread



Bahan-bahan:

4 cawan tepung gandum
2 sudu besar minyak sapi
1 sudu kecil garam
Air masak secukupnya
1/2 cup susu cair/fresh milk
1 biji telur
4 cawan minyak untuk menggoreng.

Cara-cara:

Uli tepung bersama minyak sapi dan telur. Satukan garam dan air. serta susu cair Masukkan perlahan-lahan tadi ke dalam adunan tepung sambil diuli hingga lembut seperti doh membuat karipap. Bulat-bulatkan adunan dan canaikan adunan/roti berbentuk bulat serta leper sebesar saiz mulut mangkuk. Goreng dalam minyak panas dengan api perlahan sambil siram minyak ke atas roti tadi. Roti akan mengelembung di tengah-tengah bulatan. Masak hingga berwarna keperang-perangan. Ulang langkah ini sehingga selesai.

Nota:

Makan dengan kari atau sambal.






Share/Bookmark

3 comments:

Queen Rania said... Best Blogger Tips[Reply]Best Blogger Templates

wah..lepas nie boleh buat nie..

Suzi said... Best Blogger Tips[Reply]Best Blogger Templates

tak pernah dengar lagi roti maryam...macam roti canai ke rupan dia??

Deliah's Deli said... Best Blogger Tips[Reply]Best Blogger Templates

Queen Rania > buatlah,sedap.

Suzi > roti maryam goreng dlm minyak.roti canai minyak sikit je.