(: DELIAH'S DELI IS CLOSED FOR THE SEASON... :)

Monday, June 29, 2009

MIE KOCOK - Ala Bandung



Bahan-bahan:
1-2 keping dada ayam-rebus sehingga empuk-potong dadu
200 grm udang kecil-kupas kulit-rebus untuk jadikan stok
250 mi kering-celur dan tiris/tos airnya
1 keping tauhu-goreng dan potong dadu
3 biji telur rebus-kupas-potong 4*optional
100grm taugeh-celur-tiriskan air
1 sudu tepung ubi/jagung-larutkan dgn sedikit air
3 ulas bawang putih-hiris halus
5 ulas bawang merah-hilis halus
2 batang saderi-hiris
2 biji cengkeh
1 inci halia-hiris
1 sudu teh serbuk lada putih
2 sudu besar minyak masak untuk menumis
Keropok sagu-atau sebarang jenis keropok yang sudah digoreng

Cara-cara:
Dalam minyak panas tumis bawang merah/putih sampai kekuningan. Masukkan stok ayam dan udang-air rebusan ayam dan tadi. Masukkan halia yang dihiris. Masukkan cengkeh/serbuk lada putih * bahan-bahan ini boleh juga diganti dengan rempah sup. Kemudian, masukkan garam dan gula-mengikut kesesuaian. Masukkan tepung jagung/ubi yang telah dilarutkan tadi sehingga kuah agak pekat. Dalam mangkuk masukkan mi, taugeh, tauhu, ayam (rebus), udang(rebus), daun saderi dan telur. Tuangkan kuah yang masih panas ke dalam mangkuk dan tabur bawang goreng dan keropok. Hidang dengan limau nipis dan sambal (cili merah dan cili padi ditumbuk halus dan dicampurkan sedikit air masak).

Nota:Boleh juga guna air rebusan daging/tulang lembu.

Share/Bookmark

0 comments: