(: DELIAH'S DELI IS CLOSED FOR THE SEASON... :)

Friday, July 31, 2009

TALAM TOKYO - Terima Kasih Daun Keladi. :)



Kuih Talam Tokyo ni pemberian jiran sebelah rumah. Memang sedap,tak rugi mencuba kalau teringin...:)

Lapisan Bawah:

1 cawan sagu biji
1 paket kecil suhun - rendam hingga lembut
1/2 cawan kelapa parut - ambil putih sahaja
1/2 cawan santan cair
secubit garam

Lapisan Atas:

4 biji telur
1 buku gula melaka-racik halus
2 1/4 cawan santan
6 sudu besar tepung gandum
2 sudu besar tepung beras

Sapukan loyang dengan sedikit minyak masak. Untuk membuat lapisan bawah, rendam sagu biji dan toskan. Campurkan semua bahan dan kukus selama 10 minit. Kemudian, tekan lapisan bawah dengan sudu supaya padat. Untuk lapisan atas, campurkan semua bahan dan kacau rata supaya tidak bergentel. Kukus lapisan atas selama 10 minit dengan api sederhana. Boleh gunakan aluminium foil untuk menutup loyang supaya permukaan talam menjadi cantik :)

Boleh juga klik SINI untuk resepi :)






Share/Bookmark

1 comments:

... said... Best Blogger Tips[Reply]Best Blogger Templates

tahu tak resepi talam yang bawah dia suji tu..