(: DELIAH'S DELI IS CLOSED FOR THE SEASON... :)

Friday, August 28, 2009

KUIH ONDE ONDE @ KUIH KELEPONG @ BUAH MELAKA @ KELEPON @ KEKOH CHA @ WOH MULONG = semuanya sama sahaja :)



1 keledek putih dan kuning * optional - tak masukkan keledek pun boleh atau ditukar dengan KENTANG dan LABU - klik saja!
1 cawan tepung pulut
1/2 ketul gula melaka - potong kecil2
1/2 biji kelapa parut - buang kulit arinya
1 sk garam


Rebus keledek sehingga empuk dan buang kulit. Tumbuk lumat keledek dan campurkan dengan tepung sedikit demi sedikit sehingga menjadi doh. Ambil sedikit doh, leperkan dan masukkan sedikit gula melaka di bahagian tengah dan bulatkan doh. Pastikan doh tidak belubang supaya gula melaka tidak keluar daripada doh apabila masak nanti. Didihkan air dalam periuk dan masukkan doh ke dalam air mendidih. Kuih akan terapung apabila masak. Angkat dan toskan air kemudian golekkan kuih dalam kelapa parut yang telah digaul dengan sedikit garam. Siap!

Share/Bookmark

2 comments:

Suzi said... Best Blogger Tips[Reply]Best Blogger Templates

deliah, sedapnya onde2...senang nak buat lak tu kan?
suka tengok agar2cendul tu..comel je berlapis2....rajin betul...

Deliah's Deli said... Best Blogger Tips[Reply]Best Blogger Templates

memang sedap dan mudah buat buah melaka sampai semua nak lagi utk buka puasa esok...x puas makan...sama mcm agar2 cendol, tu yang buat sampai 2 kali...bila puasa mcm2 teringinkan :)